Semua macam biasa sahaja tiada sebarang perubahan pun . Malam 15 September seluruh rakyat Malaysia berasa sama ada gembira atau duka bahawa DSAI akan mengambil kerajaan , tetapi 16 September apa-apa pun tidak berlaku ceritanya lebih kurang macam angan-anagan taik ayam.
Malam 15 September DSAI kata ada cukup ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan , tetapi keesokkan harinya DSAI kata kita tidak mahu kesejahteraan negara terancam dan kita mahu peralihan kuasa berjalan lancar dan tidak mahu berlaku apa-apa kekecohan.Oleh itu , beliau dan ahli PAKATAN RAKYAT telah hantar surat kepada PM.Adakah ini satu cara DSAI hendak melarikan diri daripada kenyataan beliau yang mengatakan beliau akan menubuhkan kerajaan pada 16 September.
Ramai orang ada pendapat mereka tersendiri.
Salah seorang kawan saya memang menyokong DSAI dari masa pilihan raya hari itu , tetapi selepas kegagalan DSAI untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September telah menurunkan rasa hormatnya terhadap DSAI . Hal ini kerana , dia rasa DSAI tidak jujur dan telus dalam mengotakan ayatnya.
Tak tahulah , apa pendapat orang lain.
Ramai kawan saya mengatakan bahawa 23 September merupakan tarikh keramat bagi DSAI , kalau beliau tidak dapat menubuhkan kerajaan baik beliau serah diri dalam perjuagan dan menyerahkan kuasa beliau kepada kepimpinan yang lain.
"DO OR DIE FOR ANWAR"
DSAI juga boleh menerima padah yang diterima oleh PM , iaitu undi tidak percaya.
Jadi , apa yang tertakdir pasti akan berlaku . Kita hanya merancang dan tuhan mentakdirkannnya.
FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

.jpg)





0 comments:
Post a Comment