Friday, May 30, 2008

SEJARAH BARU BAGI BLOG!!!


Satu lagi sejarah bagi Tun Dr. Mahathir Mohammad.Selepas keluar dari dari UMNO , satu lagi sejarah bagi beliau ialah blog beliau.

Beliau telah membuat blog beliau pada 1 MEI 2008 , ( www.chedet.com ).Blog beliau telah menerima kunjungan 1000000 orang pada 30 MEI 2008. Ini merupakan satu percapaian yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun mahupun bloggers.Tiada bloggers dalam MALAYSIA yang mampu menandingi percapaian ini , mahupun blog Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan ramai lagi rakyat Malaysia yang masih menerima idea beliau dan beliau masih relevan lagi.Blog yang terbaru beliau pada 30 MEI 2008 ialah THE CRIMINALISATION WAR.

TANIAH TUN!!!

Thursday, May 29, 2008

Laungan Reformasi masih kedengaran setelah hampir sedekad berlalu


Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tidak sedar, tinggal beberapa bulan lagi “gerakan reformasi” Malaysia akan menyambut ulang tahunnya yang ke-10.

Dalam tempoh satu dekad, pelbagai cabaran, onak dan duri telah dilalui, akan tetapi gerakan reformasi masih lagi hidup dengan subur dan mekar, terus relevan mewarnai arena politik negara.

Banyak peristiwa besar berlaku dalam sepanjang perjalanan gerakan “organik” yang telah melahirkan beberapa perubahan besar dalam politik negara.

Pencapaian tertinggi gerakan reformasi, antaranya, keputusan pilihanraya ke-12 lalu apabila kita dapat melihat ramai pengundi terutamanya di kawasan bandar telah berjaya “dicerahkan”.

Politik perkauman yang dahulu menjadi tunjang kekuatan Barisan Nasional kini semakin tidak relevan. Kita boleh lihat selepas pilihanraya, ramai pemimpin Umno cuba untuk membangkitkan agenda ketuanan Melayu tetapi gagal mendapat sokongan akar umbi.

Demonstrasi dan forum yang dianjurkan oleh kumpulan ini hanya dihadiri oleh peniaga-peniaga yang kehilangan kontrak kerajaan di beberapa negeri dan tidak daripada rakyat jelata.

Protes terpanjang

Perlu diingatkan bahawa perjuangan reformasi yang bermula pada 1998 adalah antara siri protes politik yang terpanjang dalam sejarah Malaysia. Pelbagai cara telah digunakan oleh pemerintah Malaysia untuk membunuh protes ini, namun tidak berjaya.

Semua jentera, “senjata” pemerintah seperti polis dan undang-undang kuku besi tidak berjaya mematikan gerakan ini.

Apakah rahsia gerakan reformasi mampu bertahan lama?

Apa-apa gerakan sekalipun, jika tidak mendapat sokongan rakyat dan tidak bergerak secara “organik” pasti tidak akan berjaya. Lihatlah apa yang terjadi kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) satu ketika dahulu.

Walaupun PKM mempunyai agenda perjuangan yang suci iaitu untuk membebaskan Malaysia (Malaya) seratus peratus daripada penjajahan dan menegakkan keadilan sosial, oleh kerana tidak mendapat sokongan yang meluas daripada rakyat secara berterusan, akhirnya perlahan-lahan perjuangan tersebut menemui kegagalan.

Gerakan reformasi disokong oleh rakyat pelbagai latar belakang politik, sosial dan ekonomi - buruh, petani, nelayan, pekerja kerajaan, guru, pelajar dan ramai lagi. Ia juga melangkaui batasan kaum dan agama. Ada yang terlibat secara langsung dan ramai juga yang menyokong secara senyap-senyap.

Mereka inilah yang sebenarnya menjadi tunjang kekuatan gerakan reformasi. Mereka menyampaikan maklumat dari mulut ke mulut sehingga hegemoni media pemerintah yang mengawal maklumat terbarai.

Berita-berita yang disekat oleh media arus perdana sampai juga kepada rakyat, khususnya melalui internet, termasuk yang berada di kawasan luar bandar.

Golongan ini jugalah yang meramaikan demonstrasi-demonstrasi prodemokrasi yang dianjurkan. Mereka tidak takut walaupun berhadapan dengan pelbagai risiko seperti hilang pekerjaan, tangkapan polis dan macam-macam lagi.

Bongkar rasuah

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lalu perlu sedar akan hakikat ini.

Kemenangan mereka kerana sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang. Mereka naik kerana rakyat mahukan reformasi; bukan kerana pemimpin atau parti politik semata-mata.

Rakyat telah muak dengan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 50 tahun.

Jika wakil-wakil Pakatan Rakyat turut melupakan agenda perjuangan reformasi, mereka juga akan kehilangan sokongan daripada rakyat dan tidak mustahil penguasaan di beberapa negeri akan hilang.

Rakyat sekarang ini telah bijak untuk berfikir dan menilai.

Belajarlah daripada pengalaman Abdullah Ahmad Badawi. Ketika baru diangkat naik sebagai perdana menteri, harapan rakyat kepadanya menggunung selepas 22 tahun berada bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad yang kuku besi.

Abdullah menang pilihanraya 2004 dengan majoriti yang luar biasa besar kerana mendat dan harapan yang diberikan oleh rakyat untuk melihat perubahan berlaku di Malaysia.

Abdullah pada ketika itu berjanji untuk membawa reformasi dalam pemerintahannya, antaranya, agenda terpenting yang kononnya ingin dilaksanakan oleh Abdullah ialah membasmi rasuah.

Sebelum pilihanraya 2004, Abdullah berjanji untuk menghapuskan rasuah dan membawa pelaku-pelaku rasuah kemuka pengadilan.

Ketika itu Dr Rais Yatim sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan 18 kes rasuah yang berprofil tinggi akan dibawa ke muka pengadilan.

Kenyataan ini akhirnya terbukti hanyalah retorik untuk mendapat undi popular dan ternyata Abdullah dan Rais berbohong kepada rakyat.

Sebagai jawapan kepada penipuan Abdullah dan Rais ini, rakyat menghukum Barisan Nasional pada pilihanraya umum Mac lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah harus belajar daripada pengalaman Abdullah ini.

Sekarang, masanya Pakatan untuk membongkarkan segala kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pemerintahan terdahulu.

Kegiatan rasuah ini perlu diketahui oleh umum walaupun ia melibatkan Raja atau bekas menteri - tiada siapa yang kebal di sisi undang-undang.

'Cetak rompak' agenda reformasi

Selain Abdullah yang “mencetak rompak” agenda reformasi, Dr Mahathir yang pernah menjadi musuh nombor satu gerakan reformasi satu ketika dahulu juga turut tidak ketinggalan.

Dr Mahathir tahu, untuk terus kekal relevan, beliau harus berada selari dengan agenda dan tuntutan reformasi. Maka, apabila beliau bertembung dengan pemerintahan Abdullah, beliau juga bercakap tidak ubah seperti musuh utamanya Anwar Ibrahim.

Ramai yang terperanjat apabila Mahathir mengatakan Malaysia adalah "negara polis". Ramai yang berasa seperti berada di dalam mimpi apabila Mahathir bercakap amalan politik wang di dalam Umno.

Ramai yang tidak percaya apabila Mahathir mempertikaikan kebebasan media di Malaysia.

Sewaktu beliau masih berkuasa, inilah yang dilakukan oleh Mahathir. Tidak mengapalah, mungkin beliau telah insaf (atau lupa?) dan ingin membantu memenangkan agenda reformasi.

Menantu kesayangan Abdullah - yang kini ahli parlimen Rembau - tidak ketinggalan untuk bernada selari dengan agenda gerakan reformasi.

Baru-baru ini sewaktu berucap pada forum anjuran Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihanraya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur, Khairy Jamaluddin menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dimansuhkan.

Akta ini yang menjadi musuh utama kepada kebebasan media di Malaysia, menurut Khairy, perlu dimansuhkan agar media arus perdana terus relevan di mata rakyat.

Menantu PM juga tahu beliau masih lagi muda dan mahu terus kekal relevan dalam arena politik negara.

Maka beliau telah membuang egonya dan menyuarakan mengenai pentingnya kebebasan media yang merupakan salah satu daripada tuntutan utama gerakan reformasi.

Arus deras Reformasi 1998 - 2008

Selain mengubah Umno dan BN, gerakan reformasi juga memberikan impak yang besar terhadap dua parti tua pembangkang iaitu PAS dan DAP.

Pada 1999, Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR setelah bergabung dengan PRM), PAS, DAP dan PRM telah membentuk satu pakatan yang digelar Barisan Alternatif (BA).

BA memberikan saingan yang hebat kepada BN dalam pilihanraya umum ke-10. Penyatuan parti pembangkang bawah BA telah menyebabkan pertarungan satu lawan satu di antara dua parti (BN dan BA) di kebanyakan kawasan.

Sentimen anti-Mahathir yang begitu kuat telah menyebabkan undi orang-orang Melayu beralih kepada BA. Bagaimanapun majoriti undi bukan Melayu masih lagi memihak kepada BN.

Pilihanraya 1999 menguntungkan PAS apabila Terengganu jatuh bawah penguasaannya, Kelantan kekal dan mendapat 27 kerusi parlimen berbanding dengan hanya tujuh kerusi parlimen yang diperolehinya pada 1995.

DAP bernasib malang dalam pilihanraya tersebut apabila Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua jaguh DAP, gagal kembali ke parlimen.

Akan tetapi DAP mendapat lebihan satu kerusi, menjadikan jumlahnya 10 berbanding dengan sembilan kerusi yang diperolehinya pada pilihanraya umum sebelumnya.

Parti Keadilan Nasional, yang masih setahun jagung dan mentah, berjaya mendapat lima kerusi parlimen dan empat kerusi negeri.

Kejayaan gerakan reformasi dalam pilihanraya umum 1999 memberikan tamparan hebat kepada Mahathir selaku perdana menteri. Beliau diserang hebat dari dalam dan luar Umno.

Sebagai reaksi spontan kepada trend pengundi Melayu yang memihak kepada pembangkang, kerajaan Mahathir menyerang beberapa media cetak berbahasa Melayu yang bebas dan kritikal.

Tindakannya itu kerana semenjak permulaan gerakan Reformasi, Harakah, Eksklusif, Detik dan akhbar-akhbar tidak berkala menjadi sumber maklumat alternatif kepada orang-orang Melayu.

Akhbar mingguan independen Eksklusif dan majalah Detik ditutup, manakala Harakah telah dihadkan pengeluarannya dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan (sehinggalah saat ini).

Pakatan BA yang menjadi pencabar kuat kepada BN dalam pilihanraya 1999 tidak dapat bertahan lama, malangnya.

DAP sudah mula merasakan bahawa kekalahan Karpal, Kit Siang dan beberapa kawasan potensi adalah kerana penggabungannya dengan PAS dalam BA.

DAP akhirnya meninggalkan BA pada 21 September 2001, 10 hari selepas berlakunya tragedi 11 September di Amerika Syarikat.

Menurut Kerk Kim Hock dalam satu temubual selepas DAP keluar daripada gabungan pembangkang, penyokong-penyokong tradisi DAP tidak akan menyokong lagi parti itu jika DAP bekerjasama dengan PAS.

Dalam keadaan BN mengeksploitasikan isu negara Islam yang dibawa oleh PAS, ramai pengundi tradisi DAP tidak menyokong parti tersebut pada pilihanraya 1999.

PAS yang menjadi semakin kuat apabila berjaya menguasai Terengganu dan mempertahankan Kelantan sedikit demi sedikit menjadi angkuh dan melupakan agenda Reformasi.

PAS pada ketika itu terlupa atau "buat-buat lupa" bahawa kejayaan mereka merampas Terengganu atas dorongan rakyat mahukan Reformasi ditambah dengan sentimen kebenciaan rakyat kepada Mahathir yang sangat kuat.

Rakyat yang mengundi PAS juga mahukan skandal dan salah urus selama 25 tahun pentadbiran bekas MB Wan Mokhtar Wan Ahmad dibongkar dan dibawa kemuka pengadilan.

Akan tetapi pemerintahan PAS Terengganu tidak mengutamakan agenda Reformasi dan memerangi rasuah. Pada 12 November 2003, PAS melancarkan Dokumen Negara Islam.

Pelancaran dokumen ini telah menyebabkan DAP menjauhkan lagi daripada PAS dan pengundi-pengundi bukan Melayu menjadi takut. PAS sudah tersilap baca. Kesilapan ini akhirnya membawa padah kepada parti Islam terbesar tersebut.

Perang "anti terorisme" yang dibawa oleh George W Bush, pemegang mahzab politik "neocon" disambut oleh kerajaan BN. Usaha menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu dilakukan secara terancang.

Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Kumpulan "Mujahidin" Malaysia yang kemudian tidak semena-mena ditukar namanya oleh polis kepada Kumpulan "Militan" Malaysia (KMM) pada pertengahan 2001 sebelum berlakunya tragedi 11 September.

Penggunaan ISA besar-besaran dimulakan dengan penahanan 10 aktivis Reformasi pada April dan dua pemimpin mahasiswa dua bulan kemudian 2001. BN juga mula melarang sebarang ceramah politik.

Pada Ogos 2001, “perang anti terorisme” telah dimulakan di Malaysia apabila kerajaan Mahathir menahan 10 orang anggota KMM, termasuk anak Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apabila berlaku peristiwa 11 September, tindakan Mahathir menggunakan ISA menjadi “halal”. Kerajaan Mahathir berbangga apabila Amerika Syarikat juga mahu memperkenalkan “Patriot Act” yang mirip kepada ISA.

Yang menjadi tanda tanya dalam fikiran saya sehingga ini: Apakah penahanan KMM pada Ogos 2001 hanyalah satu kebetulan? Atau, pihak perisikan Malaysia sudah mengetahui tentang tragedi 11 September yang bakal berlaku di Amerika Syarikat?

Begitu eratkah hubungan perisikan Malaysia dengan CIA?

Rapuhnya pakatan BA telah memberikan kekuatan kepada BN menjelang pilihanraya umum 2004. Apabila Abdullah Ahmad Badawi naik sebagai PM, harapan baru diberikan dan mandat yang besar diperolehi oleh BN dalam pilihanraya tahun itu.

Terengganu berjaya dirampas kembali oleh BN - jika pada 1999, PAS menguasai 28 kerusi, kali ini PAS hilang pula 28 kerusi negeri. Kelantan walaupun masih dipegang oleh PAS, pentadbirannya sentiasa goyang akibat majoriti yang kecil.

Abdullah yang dibantu oleh "pemikir tingkat empat" mencedok konsep "Masyarakat Sivil" (civil society) daripada gerakan Reformasi dengan mengantikan namanya kepada "Masyarakat Hadhari".

Tetapi beliau gagal membawa Reformasi kepada negara - janji-janjinya tidak ditunaikan. Perang rasuah yang ingin dibawanya hanyalah cakap-cakap kosong.

Saki-baki orang-orang Mahathir dalam pemerintahannya tidak dibersihkan sehingga "memakan" dirinya kembali. Mahathir seperti yang dikatakan oleh Musa Hitam baru-baru ini adalah "duri dalam daging" pemerintahan Abdullah.

Ketika Abdullah lemah akibat serangan Mahathir dan konco-konconya yang bertalu-talu, Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memperkuatkan pakatan pembangkang.

Anwar muncul "pendamai" konflik ideologi senyap PAS-DAP. Akhirnya Anwar berjaya mendorong PAS dan DAP duduk semeja. Kedua-dua parti tersebut bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri mereka.

Akibatnya PAS memperkenalkan garis Negara Berkebajikan (welfare state) dalam manifesto pilihanrayanya yang lalu dan menggugurkan agenda negara Islam.

PAS dilihat oleh pengundi-pengundi bukan Melayu sebagai "lebih liberal" dan berwajah baru. Penjenamaan semula yang dilakukan itu, bersama sejumlah faktor lain, berjaya mempengaruhi rakyat pelbagai kaum.

DAP yang sebelum ini dilihat sebagai "chauvinis" Cina juga menunjukkan mereka komited untuk membela semua kaum dan berjaya melunakkan hati pengundi Melayu, khususnya di bandar dan pekan kecil, untuk bersama mereka.

Selepas menang di Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menjadi ketua menteri baru bertekad untuk mengamalkan pemerintahan ala "Umar bin Abdul Aziz", seorang khalifah Islam yang terkenal dengan pemerintahannya yang bersih dan telus.

Guan Eng telah berjaya menggagalkan rancangan jahat pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Menjelang 10 tahun gerakan reformasi yang akan genap usianya pada September ini, politik negara semakin berkocak.

Terbaru, Dr Mahathir keluar dari Umno dan menyeru pemimpin dan ahli untuk mengikut jejak langkahnya bagi memberikan tekanan kepada Abdullah untuk meletakkan jawatan. Dr Mahathir yang ditentang oleh gerakan Reformasi kerana pemerintahan kuku besinya masih lagi bebas "mengacau".

Kesilapan terbesar Abdullah ialah beliau tidak membersihkan sisa-sisa orang Mahathir dalam Umno dan pentadbirannya.

"Budak tingkat empat" yang menjadi pemikir kepada Abdullah hanya rakus untuk mengaut kekayaan daripada memberikan strategi politik yang betul kepada Abdullah.

Akibatnya, Abdullah hilang mandat besar yang diperolehinya pada 2004. Sekarang beliau terpaksa "bertarung" dengan pendekar-pendekar di dalam Umno (majoritinya orang Mahathir) yang menyalahkannya kerana BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Pakatan Rakyat yang lahir daripada gerakan Reformasi harus bijak mengharungi arus politik negara.

Jika tersilap langkah seperti apa yang dilakukan oleh PAS semasa memerintah Terengganu dan Abdullah Ahmad Badawi yang tidak membersihkan orang-orang Mahathir dalam pemerintahannya, Pakatan Rakyat juga akan menerima nasib yang sama.

Apakah 10 tahun Reformasi yang akan disambut pada September ini akan menyaksikan Pakatan Rakyat mengambil alih negara seperti yang dikatakan oleh Anwar baru-baru ini?

Ataupun Mahathir akan berjaya menaikkan Najib sebagai perdana menteri agar legasinya diteruskan?

Kita tunggu dan lihat. Sejarah telah membuktikan kemenangan sentiasa di tangan orang-orang yang berani dan bijak.

FIKIRLAH ... FIKIRLAH ... FIKIRLAH ...

Wednesday, May 28, 2008

KALAU RETI MALU


Kalau reti malu, dah malu dah ,
Pada pak lah dihalakan madah ,
Tetapi pak lah buat tidak endah ,
Kipasan pembodek dirasa indah ,

Meminjam kata yang malay guna ,
Pak lah & KJ jadi cancer bencana ,
Doctor pakar mahir cara sisihnya ,
Tun M kini mantan PM pakarnya ,
Pengalaman 22 tahun PM dialami ,
Salah langkah pak lah cepat kesani ,
Tertonggeng BN di PP satu realiti ,
Tak manis Malaysia, pak lah ketuai ,
Jika urustadbir tentera jadi analogi ,
Balatentera BN, pak lah yang terajui ,
Kekuatan BN PP hampir lumpuh jadi ,

BN Malaysia masih pak lah nakhodai ,
Sukar BN Malaysia mantap sediakala ,

Jika ketua lembik masih keras kepala ,
PP negeri kecil pun gagal kekal kuasa ,
Pak lah dan menantu undurkan segera .


FIKIRLAH !!! FIKIRLAH !!! FIKIRLAH!!!

Tuesday, May 27, 2008

ANWAR IBRAHIM ? YA ATAU TIDAK !!!


Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan yang benar.Adakah beliau boleh dipercayai ataupun beliau hanya berlakon di depan mata rakyat.

Ramai rakyat yang takut dan memenuhkan kepala otak mereka dengan beribu tanda soal tentang tokoh politik yang kian memuncak namanya.Jika benar beliau ingin memperjuangkan hak rakyat yang sering dikatakan oleh beliau , mengapa beliau tidak memperjuangkannya semasa beliau dalam kuasa ( BARISAN NASIONAL ) . Pada ketika itu beliau ialah seorang Timbalan Perdana Menteri , tinggi kuasanya , mangapa dan mengapa beliau tidak memperjuangkan hak rakyat pada ketika itu.Pada masa itu beliau sokong kerajaan dan melakukan segala yang disuruh dan membantu segala kerja kerajaan.

Jika benar-benar beliau ingin memperjuangkan nasib rakyat , mengapa beliau tidak keluar UMNO jika beliau tidak yakin dengan UMNO yang tidak relevan dan menubuhkan satu parti yang lain contohnya PARTI KEADILAN , yang ditubuhkan selepas beliau ditangkap dalam tahanan ISA.Adakah beliau hanya berfikir tentang rakyat bila beliau dalam kesusahan dan membiarkan rakyat apabila beliau mempunyai semua yang beliau hajati.

Tidakkah beliau perlu meminta maaf dan memulakan hidup baru dalam bidang politik ini.Jika beliau meminta maaf apa yang beliau lakukan apabila beliau berkuasa di UMNO dan memulakan nafas baru bagi rakyat dan berjanji akan hidup dan mati bersama rakyat , sudah pasti PERDANA MENTERI yang kelima kita mungkin akan jadi yang terbaik dalam sejarah MALAYSIA yang tercinta ini.Adakah ego akan menghalang beliau.Adakah beliau akan hilang undi rakyat jika beliau megaku kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau didalam UMNO.

Oleh itu kita tidak bolehlah menyanjung beliau hingga ke langit, kerana sudah tentu beliau membuat kesilapan dalam UMNO sewaktu kepimpinan beliau.Jadi beliau juga dari lumpur itu , jadi beliau tidak boleh mengatakan lumpur itu busuk , jika lumpur itu busuk maka beliau pun busuk kerana masih ada sisa-sisanya dalam diri beliau jika beliau tidak meminta maaf.


Adakah boleh dipercayai?

Hak ketuanan melayu . Adakah ia akan dicabar . Apakah nasib orang melayu jika dicabar . Beliau telah mengatakan dalam ceramah BLACK 14 yang diadakan di pekarangan KG. BARU pada 14 APRIL 2008 , di MALAYSIA kita kena menukarkan ketuanannya sekarang.

KETUANAN RAKYAT !!! KETUANAN RAKYAT !!! KETUANAN RAKYAT!!!

Adakah ketuanan Melayu tercabar , apakah nasib orang melayu nanti . Jangan lupa beliau juga ada menyatakan bahawa hak melayu sentiasa akan terpelihara , namun tidak mungkin orang cina dan india akan berdiam diri jika dilayan seperti dilayan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL. BETUL ATAU TIDAK.

Sudah tentu satu sebab mengapa PAKATN RAKYAT menang dalam pilihan raya ini adalah kerana tubuhnya penubuhan HINDRAF ( penubuhan yang ditubuhkan oleh kaum minoriti india) yang membantu india untuk bersatu padu menentang kerajaan dan menyokong pembangkang.
Sudah tentu orang india akan meminta sesuatu yang lebih daripada yang diberi oleh kerajaan pakatan rakyat.

Jadi ketuannan MELAYU , ada atau tidak?

SOALAN YANG PENUH DENGAN TANDA TANYA???????

Oleh yang demikian beliau perlulah meminta maaf daripada rakyat berdasarkan semua kesilapan yang dilakukan oleh beliau ketika di UMNO.Sudah tentu kemaafan ini akan diterima oleh rakyat dan beliau boleh menubuhkan satu pakatan yang kuat dan efektif.Beliu perlulah meminta maaf semula sebelum bertanding mana-mana kerusi parlimen nanti. INSYAALAH kalau ini berlaku beliau akan menjadi satu pemimpin yang contoh kepada generasi yang akan datang.

Sebagai makhluk yang berakal cubalah berfikir sama ada beliau boleh dipercayai ataupun tidak, ini terpulang kepada rakyat untuk memilih.

Mahupun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat dua-dua penubuhan ini haruslah berjiwa ikhlas dan berdemokrasi terhadap rakyat dan bukannya untuk kroni-kroninya sahaja dan juga keluargannya sahaja.

FIKIRLAH !!! FIKIRLAH !!! FIKIRLAH !!!
HIDUP MALAYSIA!!!

Monday, May 26, 2008

Sexy school uniforms: PAS wants action

An Islamic group which caused a stir by stating that uniforms of schoolgirls were too sexy and invited 'rape and pre-marital sex' found an ally in the form of Islamic party PAS' women's wing.
MCPX

The secretary of the Dewan Musliamat PAS Aiman Athirah Al Jundi today said that the Education Ministry should seriously consider the views stated by National Islamic Students Association of Malaysia's vice-president Munirah Bahari last week.

"The association's criticism against the white uniform must be mooted by the their belief on Islam and this religion's teachings," said Aiman in a statement today.

Aiman said that Education Minister Hishammuddin Hussein, being a Malay-Muslim, should rightfully welcome the association's criticism.



education high school girls 040405 Last week Munirah caused a national debate by suggesting that the white uniforms worn by schoolgirls should be changed as the loose, white blouse worn by schoolgirls was too transparent.

Munirah, claiming to represent some 1,500 members, added that the blouse encouraged rape and premarital sex and wanted the uniforms to be reviewed to suit Islamic ideals.

The uniform "disturbs the eyes of men, whether they like to see it or not ... because of that molestation, premarital sex and all kinds of other things occur," she had said in a statement last Wednesday.

She further said that the white blouse had become a source of attraction and that girls deliberately wore the dresses 'to lure men'.

Many students, teachers and social activists dismissed Munirah's remarks. Over the weekend, Hishammuddin was also quoted in the media as dismissing the complaints made by Munirah's group.

Hishammuddin also added that it was unlikely the minister would change the school uniforms.

However, Munirah found support from Aiman today.

Thin materials used

Aiman said that Hishammuddin as the Umno Youth chief should be sending the right message on decency and proper dressing according to Islamic values to his party members.

The PAS' women's wing also urged the Women, Family and Community Development Ministry to conduct a thorough study on the link between sexy clothes to sex-related crimes.

sekolah menengah high school girls uniform She also urged Munirah's association to conduct a national survey among the students to gauge their views on the matter.

She also said students should use thicker material for their white uniforms.

"We can't ignore the fact that the material used to make these uniforms are too thin and girls do look sexy especially when they are not using the tudung (head scarf), which, if used, can cover their chest," said Aiman.

"They look sexy especially when they wear bras without any camisole to cover them and it is especially visible when the bras are coloured ones," she stressed.

She also urged the National Fatwa Council to issue a fresh fatwa (religious ruling) on the matter of dressing for all Muslim women, including schoolgirls.

dipetik daripada malaysiakini.com

WHY ONLY NOW WE ARE TALKING ABOUT ISLAM......
BEFORE THIS???

IS IT BECAUSE THERE ARE LOTS OF MP IN PARLIMEN MAKES THEM TO TALK AND MAKE GOVERNMENT TO LISTEN...

THINK ... THINK... THINK...

Tuesday, May 20, 2008

APA YANG TERJADI 19 MEI 2008


Perasaan tak kalian bahawa tahun ini negara kita mencatat sejarah yang banyak.....

Sama ada baik atau pun sebaliknya...

Banyak kejutan yang ditimpa oleh masyarakat MALAYSIA yang tercinta ...

Kejutan paling besar sehingga semalam ialah kekalahan BARISAN NASIONAL untuk mengekalkan 2/3 majoriti kerusinya...



Tetapi pada hari ini kejutan yang lebih besar telah diutarakan oleh seorang pewira negara kita , TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD...


Percayakah anda beliau telah keluar daripada UMNO...


Adakah keputusan ini akan melumpuhkan UMNO..


Seperti dikatan oleh beliau semasa Pilihan Raya bahawa "UMNO SUDAH LUMPUH SEPENUHNYA".

Adakah tindakan ini akan melumpuhkan lagi UMNO , parti yang kita cintai...


Pengeluaran beliau dari parti tentu ada ahli lain yang turut ikut jejak langkah beliau...


Walaupun beliau mengatakan hanya keluar daripada UMNO dan tidak menyertai PAKATAN RAKYAT , namun BUKAN semua ahli yang keluar tidak akan menyertai PAKATAN RAKYAT ini kerana mereka tentu akan boring jika tiada parti untuk menyokong...


TENTU PAKATAN RAKYAT AKAN MENJADI LEBIH KUAT.....


Adakah tindakan TUN ini betul atau salah....


Walaupun ada yang marah dengan tindakan beliau , namun mereka tidak patut melupakan jasa yang beliau telah menyumbang kepada negara MALAYSIA.....


"LONG LIVE TUN"
TUNGGU MUNGKIN ADA KEJUTAN YANG BARU AKAN TIBA..........
HANYA HENDAK MENGINGATKAN KALIAN SATU PEKARA JIKA KITA SESAMA GADUH YANG UNTUNGNYA PIHAK LAWAN ,SO...
FIKIRLAH ... FIKIRLAH ... FIKIRLAH...
VIDEO TUN MAHATHIR KELUAR
CATATLAH DIARI KAMU SAMA ADA 19 MEI 2008 HARI GEMBIRA ATAU SEDIH BAGI ANDA.

Thursday, May 15, 2008

OPERASI LALANG.....

OPERASI LALANG.....

Sampai sekarang kita kurang pasti apa disebalik tabir OPERASI LALANG ini , malah ada yang masih tidak tahu apa itu OPERASI LALANG.

Saya amat kesal dengan orang-orang sebegini , tidak tahu sejarah negara.Mereka lebih minat untuk bertanya bilakah AKEDEMIK FANTASIA bermula.

KESIAN....

MARI KITA TINJAU APA ITU OPERASI LALANG..

Mungkin Operasi Lalang 2 akan berlaku....




video from:MALAYSIAKINI.

Monday, May 12, 2008

SIAPAKAH WIRA SEBENAR NEGARA INI.....




Semua perdana menteri kita dianggap wira negara kerana telah membangunkan negara ini dengan maju dan baik....

TUNKU ABDUL RAHMAN = FATHER OF
INDEPENDENT

TUN ABDUL RAZAK
= FATHER OF DEVELOPEMENT

TUN HUSSEIN ONN
= FATHER OF UNITY

TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD
= FATHER OF MODERN TECHNOLOGY

While our beloved 5 th prime minister,

DATO SERI ABDULAH AHMAD BADAWI = FATHER IN LAW OF KHAIRY....

IS THIS TRUE.....

I AM THINKING OF REPLACING WITH ANOTHER BUT NEXT TIME.................

I AM STILL THINKING...


FOR ME THE GREATEST IS THE FATHER OF MODERN TECHNOLOGY,





HE IS THE GREATEST......

LONG LIVE TUN......

WE REALLY MISS YOU.....

Sunday, May 11, 2008

IS HINDRAF IS RIGHT........



Adakah kamu akan marah jika rumah berhala kamu dipecah......

Yang kuat iman sudah tentu marah.... , malah yang kurang iman pun akan marah.....

Tak kira apa agama sekali pun semua orang akan marah jika rumah berhala mereka dipecah...

Adakah patut sesebuah kerajaan memecah kuil.....

Patut .... jika dia membina di depan rumah rumah perdana menteri....

Tapi adakah salah membina kuil di satu kampung dimana majoriti penduduk adalah hindu....


Oleh itu , HINDRAF iaitu sebuah penubuhan yang menyoal demi kebaikkan kaum minoriti negara ini dan juga untuk menghalang pemusnahan kuil oleh kerajaan , adakah mereka bersalah.......


ADAKAH SALAH MEREKA MENYOAL , BUKANKAH INI NEGARA DEMOKRASI.......

ADAKAH kerajaan mengatakan yang mereka bagi satu tempat yang baru untuk kuil mereka yang akan dipecah ,

BETUL , tapi mereka memberi tempat di sebelah loji kumbahan...


SANGUPKAN KITA MENYIMPAN RUMAH BERHALA KITA BERDEKATAN LOJI KUMBAHAN.......

Sudah tentu tidak....


Adakah salah mereka menyoal.....



Adakah mereka bertindak cara yang betul....Salahkah mereka menyoal hak mereka....

MUNGKIN YA DAN MUNGKIN TIDAK

"FIKIRLAH......Fikirlah.....FIKIRLAH....."


ADAKAH KITA AKAN ALAMI SATU SEJARAH BARU.....


PAKATAN RAKYAT ...

Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan satu pengakuaan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Pusat pada tahun ini...

Adakah ini akan terjadi....

Adakah ini satu permulaan yang baik ataupun kita akan tersangkut dan merana dalam kerajaan yang baru akan ditubuh ini...

Jangan kita lupa sejarah...

Dato Onn Bin Jaafar ( Presiden UMNO pertama )
Beliau pernah mencadangkan semua kaum dalam satu parti , dan kebanyakkan ahli UMNO tidak bersetuju dan akhirnya cadangan ini tidak terlaksana dan beliau telah keluar daripada UMNO..

Adakah parti Keadilan boleh merealisasikan impian Dato' Onn Bin Jaafar ....

Ataupun kemarahan DSAI menyebabkan beliau ingin menubuhkan kerajaan dan membalas dendam kepada pemimpin-pemimpin yang berlaku kejam kepada beliau.

Ataupun beliau memang berhati baik untuk menolong rakyat dan menyelamatkan kita dari kekejaman kerajaan kita sekarang....

YANG MANA SATU>>>>

Adakah kerajaan kita sudah lama dan tidak efektif dengan zaman sekarang....
Patutukah Kerajaan baru ditubuhkan....
Adakah mereka sudah bersedia untuk menubuhkannya...


Ramai berpendapat kemenangan besar PAKATAN RAKYAT adlah kerana kebijaksanaan DSAI memberi ceramah dan keprihatinan beliau terhadap rakyat...
KALAU BEGITU BOLEHKAH KITA MERAMAL SIAPA DIA SELEPAS DATO SERI ANWAR IBRAHIM....

SIAPA....SIAPA..... SIAPA...

Adakah Pakatan Rakyat untuk seketika sahaja sehingga DSAI masih aktif....

SOALAN INI MEMANG PERLU DIFIKIR KERANA KITA TIDAK MAHU NEGARA KITA MAJU SEKETIKA DAN KEMUDIAN HANCUR BERKECAI....

BUKANKAH PAKATAN RAKYAT PERLU ADA KONKRIT KEPIMPINAN YANG KUAT....


FIKIRLAH....FIKIRLAH......FIKIRLAH

Friday, May 9, 2008

ADAKAH APA YANG KITA BACA DI SURAT KHABAR ADALAH BENAR .... ATAU DITAPIS.....

Ramai berpendapat bahawa surat khabar sekarang sudah tiada berita yang menarik tentang negara malah banyak bertumpukan hiburan.

Ini menyebabkan ramai di antara rakyat Malaysia kurang mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di negara kita sendiri.

Adakah berita di surat khabar ditapis.
YA , YA , YA , dan YA.

Memang ditapis , surat khabar ini ditapis supaya rakyat tidak dapat mengetahui apa yang sedang berlaku di negara ini....KHUSUSNYA TALI BARUT POLITIK KITA ( BARISAN NASIONAL ).

Adakah patut surat khabar ditapis....

TIDAK , TIDAK , TIDAK , dan TIDAK.

Tidakkah ini sebuah negara yang berdemokrasi....

Bukankah kita berhak untuk bersuara dan menyoal kerajaan...

Sebagai makhluk yang berakal cubalah kita berfikir....

Jika kita tidak membuat kesalahan adakah kita takut pada sesiapa...

Sudah tentu tidak...

Tapi orang yang membuat kesalahan sudah tentu akan berasa takut khususnya orang yang mengetahui kesalahannya...

OLEH ITU , jika kerajaan kita berasa yang mereka tidak membuat kesalahan ,
bagilah surat khabar di negara ini menjadi bebas....

BETUL ATAU TIDAK....

FIKIRLAH , FIKIRLAH , FIKIRLAH DAN FIKIRLAH...

LAYARILAH LAMAN WEB www.malaysiakini.com , untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di negara kita ini....


FIKIRLAH , FIKIRLAH , FIKIRLAH DAN FIKIRLAH...



JIKA NEGARA KITA ADALAH DEMOKRASI , MAKA KITALAH ( RAKYAT ) YANG BERKUASA.....

Thursday, May 8, 2008

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBAH

Blog ini membolehkan kita sama-sama berfikir tentang ISU-ISU dunia dan juga kemanakah negara kita akan menuju ...pada masa akan datang...

Dengan keadaan politik yang tidak stabil......
Dengan prestasi sukan yang kian merosot....
Dengan pergaduhan tentang agama kian berleluasa....

Apa yang akan berlaku jika pemimpin kita tidak dapat bertindak secara bijak untuk menyelesaikan masalah ini....

Adakah negara kita akan merosot dari segi ekonomi , ( ekonomi kita sekarang adalah dibawah Singapura dan Vietnam ) , apakah jalan penyelesaiannya....

Adakah kerajaan kita (BARISAN NASIONAL ) sekarang cukup baik untuk menyelesaikan masalah ini...

Adakah pembangkang ( Pakatan Rakyat ) boleh menyelesaikan masalah ini...

Adakah gabungan idea Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan masalah ini...

Adakah mereka harus berganding bahu dan menyenangkan rakyat atau bertengkar sesama sendiri dan menyusahkan rakyat...

"SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"


FIKIRLAH...FIKIRLAHHH....FIKIRLAHHHHHH!!!!!!