Sunday, August 31, 2008

BAJET 2009 !!!

Mari kita lihat apakah pendapat ketua pembangkang , jangan pula kamu ingat saya berat sebelah hanya memihak kepada parti pembangkang.
Hari itu kita dah lihat pendapat ahli kerajaan , sebab itu saya ingin menyuarakan pendapat pembangkang.Sudah pasti , pendapat mereka tidak akan disiarkan di media massa , kalau disiarkan pun besar kemungkinan hanya suku.

Apakah pendapat DSAI ( Ahli Parlimen Permatang Pauh , Ketua Pembangkang )


Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM209.7 billion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya.

Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 billion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 billion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM197.2 billion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 billion kepada RM154.2 billion.

Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk megurangkan defisit fiskal.
Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan umno-bn berbanding meraih populariti yang kian hilang.
RM35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM4.4 billion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM35billion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!
Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM



Jadi fikirlah , akhirnya semua ditangan rakyat .

FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH..

Wednesday, August 27, 2008

PERMATANG PAUH .... ke.... PERMATA MALAYSIA...

Permatang Pauh kekal sebagai kubu kuat DSAI sejak 1982 hingga bila-bila.
Terserlahlah masyarakat sekarang tidak mengundi mengikut parti , malah mengundi mengikut wakil rakyat yang betul-betul liberal dan dapat membawa perubahan kepada mereka.
Kalau mesej yang disampaikan pada 8 Mac 2008 itu tidak jelas , mesej pada 26 Ogos 2008 mesti telah membuka mata BN terhadap kuasa rakyat.

Selama ini mereka sangkakan mereka adalah raja yang berdaulat , tetapi mereka telah lupa bahawa kuasa rakyat yang berdaulat di negara kita MALAYSIA.


Permatang Pauh ( P44 ) ,

Pilihan raya kecil Permatang Pauh telah berjalan lancar dengan kemenangan yang besar berpihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim ( PKR ) , beliau memperolehi undi sebanyak 31,195 undi mengalahkan lawan beliau Datuk Arif Shah , BN ( 15,524 undi ) dan Hanafi , AKIM ( 92 undi ).Walaupun mereka tahu mereka tidak boleh menang melawan DSAI tetapi mereka cuba , bagus "usaha tangga kejayaan" walaupun usaha mereka itu dengan meggunakan taktik kotor , namun mereka berusaha , bagus.

Esok , tanggal 27 Ogos 2008 DSAI kembali ke Parlimen setelah 10 tahun tidak menjadi wakil rakyat dalam parlimen.Akhirnya beliau dapat berjuang hak rakyat di dewan yang mulia itu.

Adakah ini akan membuka langkah bagi beliau untuk mengajak MP dari BN untuk melompat ke PAKATAN RAKYAT bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008.

Kita tunggu dan lihat sahaja , adakah ini akan berhasil .

Walaubagaimanapun , kemenangan ini telah terbukti bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau tidak menjadi penghalang kepada orang ramai untuk setia menyokong beliau dan juga agenda yang di bawa oleh beliau.

Oleh itu , kita haru tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku "wait and see " .

FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

Monday, August 25, 2008

Memerdekakan Rakyat! Demi, Memerdekakan Negara!



It's now or never....



It's the people's choice , it's in your hand to change he faith of beloved MALAYSIA...






THINK WISELY BEFORE YOU CHOOSE...


FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...





Dakwaan Liwat Saiful Bukhari terhadap Anwar...!

Perhatikan video itu betul-betul , tarikh dakwaan Saiful terhadap Anwar adalah betul tetapi bulannya adalah salah.

Sebenarnya dakwaan Saiful pada pihak polis adalah pada bulan 6 bukan bulan 8 , sudah terserlah bahawa sumpah ini hanya lakonan dan tidak laku sama sekali.


Oleh yang demikian , sebagai seorang rakyat yang matang dan bijak janganlah mudah terpengaruh dengan taktik-taktik kotor segelintir orang yang memang tidak tahu memikir benda yang baik.

FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

HANCUR SEGALA-GALANYA....!!!

Selama ini , isu liwat dijadikan isu hangat dalam kempen pilihanraya UMNO . Isu sumpah Saiful Bukhari juga disoalkan setiap hari dalam kempen pilihan raya.

Hari ini , Imam yang telah menjadi saksi sumpah Saiful itu telah membongkarkan rahsia di sebalik sumpah itu.

Jadi hancurlah segala konspirasi yang dibuat oleh segilintir ahli UMNO yang menyokong Saiful sumpah....Bukan itu sahaja , mereka memaksa DSAI juga untuk menyumpah.

Jadi tidak malukah ahli UMNO yang menyokong Saiful Bukhari pergi sumpah laknat yang tipu , yang bermotif untuk menipu masyarakat MALAYSIA yang telah matang pemikiran mereka.


Terpulang kepada pegundi Permatang Pauh atau boleh dikenali sebagai Permata MALAYSIA untuk memilih calon terbaik mereka.

FKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

Saturday, August 23, 2008

Penderitaan Seorang Tokoh Yang Ternama 1998

Jika ini boleh berlaku kepada seorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan , apatah lagi kita sebagai seorang rakyat biasa.Dimana tempat kita hendak teduh jika ada masalah.





WAWASAN 2020 !!! Cabaran yang belum ditempuh - masanya sudah tiba....Ayuh BERGERAK.

Satu cabaran yang amat besar bagi rakyat MALAYSIA untuk mencapai matlamat atau wawasan ini . Hanya tinggal lebih kurang 11 tahun lagi.Adakah kita sudah bersedia? , adakah kita sudah melepasi segala cabarannya.
Wawasan ini telah dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Beliau telah menetapkan sembilan cabaran bagi merealisasikan WAWASAN 2020 ini ...

CABARAN PERTAMA :

Membina bangsa MALAYSIA yang bersatu padu.

*Perpaduan dianggap sebagai asas kekuatan negara.
*Perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasar kerajaan seperti ;
- DASAR PEMBANGGUNAN NASIONAL
- DASAR BAHASA KEBANGSAAN
- DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

CABARAN KEDUA :

Membina masyarakat berjiwa bebas , tenteram , dan berkeyakinan.

*Masyarakat MALAYSIA yang diingini ialah masyarakat yang berjiwa bebas , berperasaan
tenteram.
*Kita mahu melahirkan sebuah bangsa yang gagah yang akan dapat memajukan nama
negara. ( cth , Dato' Azhar Mansoor )

CABARAN KETIGA :

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

*Masyarakat MALAYSIA yang berdemokratik perlu dibina.
*Masyarakat demokratik bebas untuk memilih kerajaan.
*Memahami prinsip-prinsip demokrasi , dan bijak mengambil tindakan untuk menyuarakan
pendapat.Perlu disalurkan ke saluran-saluran yang betul.

CABARAN KEEMPAT :

Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.

*Falsafah pendidikan negara perlu memberi tekanan kepada usaha melahirkan individu
berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis.

CABARAN KELIMA :

Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal , dan bertoleransi.

*Masyarakat perlu menjadi matang , iaitu dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak
secara melulu.
*Masyarakat MALAYSIA juga perlu membebaskan diri mereka daripada fahaman sempit dan mereka hedaklah berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
*Langkah-langkah mewujudkan masyarakat yang matang , liberal , dan bertoleransi dapat dilihat melalui;

- Perlembangan Negara
- Pengalaman sistem demokrasi
- Kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum

CABARAN KEENAM :

Membina masyarakat yang maju dan sainstifik

*Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang progresif.
*Masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlagan
*Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang saintifik.

CABARAN KETUJUH :

Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang.

*Ciri-ciri masyarakat penyayang:

-Kehidupan masyarakat yang bermuafakat.
-Masyarakat yang saling memahami dan menghormati.

CABARN KELAPAN :

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

( Peristiwa 13 Mei 1969 telah mengajar kita bahawa kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok tertentu dalam masyarakat hanya akan membawa rasa tidak puas hati kelompok yang lain.)

*Pelbagi langkah telah diambil
  • Rancangan Lima Tahun

  • Rancangan Pembanggunan Luar Bandar

  • Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

  • Dasar Pembanggunana Nasional.

CABARAN KESEMBILAN

Memupuk dan membina masyarakat makmur.



**********************************************

Adakah WAWASAN 2020 ini akan menjadi kenyataan , ataupun hanya satu rancangan....
Mengikut gaya negara sekarang besar kemungkinan negara tidak dapat mencapai wawasan ini . Hali ini kerana kepimpinan parti politik sekarang telah lari daripada dasar yang telah dicadangkan oleh pemimpin terdahulu.Pada pendapat saya , cadangan ini umpama melepaskan batuk ditangga.

Walaubagaimanapun kita tidak dapat meramal apa akan berlaku pada masa hadapan , kita hanya merancang hanya TUHAN yang tadkirkannya.

Sebagai makhluk yang berakal berfikirlah tentang WAWASAN 2020 , supaya kita dapat bergerak menerusi ini.


FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

Lirik Lagu ( WAWASAN 2020 )


Bendera berkibar di angkasa,
Lambang negara jaya,
Rakyat sepakat sehati sejiwa,
Tekad berbakti dengan megah,
Hadapi cabaran masa muka,
Penuh tenaga murni,
Bakti dicurah searah-sehala,
Dengan wawasan yang suci,
Wawasan meningkat kemajuan,
Tiada lagi kepincangan,
Kemewahan rata dirasai,
Bersama kita nikmati,

Wawasan 2020,
Satu pandangan jauh,
Bukan impian malah kenyataan,
Bersama kita jayakan.



Wednesday, August 20, 2008

PERMATANG PAUH!!!

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!










Seperti kata DSAI ,
Permatang Pauh bleh menukarkan namanya kepada "PERMATA MALAYSIA" jika rakyat Permatang Pauh memilih DSAI sebagai ahli Parlimen.
Hal ini kerana undi mereka akan mengubah masa depan MALAYSIA.

Permatang Pauh memang berhak untuk dipanggil PERMATA MALAYSIA.

BEJUANG ... BERJUANG ... DAN TERUS BERJUANG ....

Sehingga kita PASti menDAPat keADILan...

Saturday, August 16, 2008

LIGA PERDANA INGGERIS , SEPAK MULA PADA HARI INI.


Setelah berbulan-bulan tunggu akhirnya , liga perdana inggris telah mula.

Tentu ini mengembirakan ramai orang di seluruh dunia kerana ini merupakan salah satu hiburan bagi rakyat kita.


AMARAN !!!

Orang Permatang Pauh jangan lupa untuk keluar undi pulak.....Hahahahha....


Saya rasa tahun ini semua pasukan tak payah penat2 main sebab , sudah tentu CHELSEA yang menang .

Jadi, bagi sahaja piala tu kepada CHELSEA.


Main-main sahaja jangan marah pulak...

Apapun saya harap pertandingan musim ini lebih baik dari tahun lepas.


Walaubagaimanapun , jangan lupa tengok piala MALAYSIA.


Sokonglah Selangor , pasti Selangor yang akan menang.

Friday, August 15, 2008

ARTIKEL - DEMOKRASI ( CHE DET ).


Ditulis oleh , Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam CHE DET.com


DEMOKRASI


1. Pengasas-pengasas negara kita Malaysia telah pilih sistem demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara kita.


2. Ini bukanlah sistem asli kita. Sistem kita ialah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


3. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.


4. Kematangan orang Melayu dalam selok-belok demokrasi diperlihat pada pemilihan ahli Badan Perundangan Persekutuan (Federal Lagislative Council) pada tahun 1955. Walaupun 80% daripada pengundi adalah orang Melayu dan hanya sebilangan kecil kawasan-kawasan mempunyai majoriti bukan Melayu, pengundi Melayu rela mengundi calon Perikatan bukan Melayu supaya British dapat lihat kesanggupan orang Melayu korban peluang diri mereka dan bekerjasama dengan bukan Melayu. Dengan itu maka berjayalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.


5. Pencapaian Pilihanraya 1955 dan kefahaman demokrasi oleh UMNO telah dicerminkan sebelumnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati pada 1951.


6. Di masa orang Melayu mula bergerak dalam bidang politik dan timbul keperluan untuk mengadakan satu pertubuhan bagi mengumpul tenaga mereka, mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa. Mereka irihati melihat Indonesia dengan Sukarno-nya, dengan Mohd Hatta-nya, pemimpin-pemimpin yang berkarisma yang disanjung oleh semua rakyat Indonesia, yang terkenal diseluruh dunia.


7. Orang Melayu tidak punyai pemimpin yang begitu hebat. Mereka mencari-cari dengan hati yang berat.


8. Alangkah leganya mereka apabila dapat dikenal pasti seorang orang Melayu yang berkaliber, yang punyai latar belakang perjuangan yang berani.


9. Dato Onn Jaafar adalah orang berprinsip dan tegas. Apabila dia tidak bersetuju dengan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya dia sanggup berhenti kerja dengan Kerajaan Johor dan membuat kerja sendiri. Dia memang seorang nasionalis. Tidak hairanlah yang dia muncul sebagai pemimpin Melayu yang cemerlang dan layak diterima oleh orang Melayu dari semua negeri-negeri Melayu sebagai pemimpin nasional bangsa Melayu.


10. Dia telah buktikan kebolehannya dengan membentuk pertubuhan politik Melayu yang sah dan pertama di Malaya. Di bawah panduan dan pimpinannya, sistem demokrasi dipilih bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau Perkembar yang kemudian lebih terkenal sebagai UMNO (United Malays National Organisation).


11. Dibawah pimpinan Dato Onn, UMNO bersama Raja-Raja menentang Malayan Union ciptaan British sehingga Malayan Union terpaksa digugur.


12. Persekutuan Tanah Melayu yang mengganti Malayan Union dan mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja berperlembagaan adalah sumbangan Dato Onn yang amat tinggi nilainya kepada orang Melayu. Semua orang Melayu menyanjung tinggi kejayaan kepimpinan Dato Onn Jaafar.


13. Amat malang sekali putar belit oleh British telah berjaya mempengaruhi pemimpin Melayu yang ulung ini dan dia telah terima saranan British supaya membuka keahlian UMNO kepada semua kaum.


14. Pengaruh Dato Onn memang kuat tetapi tidak mencukupi untuk menukar prinsip dan pemikiran orang Melayu pada masa itu. Walaupun ada pemimpin tinggi UMNO yang bersetuju dengan Dato Onn, tetapi majoriti tidak bersetuju.


15. Persaingan diantara Dato Onn berserta rakan-rakannya dengan pemimpin-pemimpin lain yang diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Hussein dilakukan dengan tertib, mengikut semua prinsip-prinsip demokrasi. Tidak ada kempen yang kotor. Masing-masing terdorong dan berpegang teguh kepada kepentingan orang Malayu dan negara Melayu. Tidak ada kepentingan diri yang ditunjukkan, samada oleh Dato Onn atau Dato Abdul Razak Hussein yang tidak bersetuju dengannya.


16. Prinsip demokrasi dipegang kuat oleh kedua-dua pihak. Menganggap penolakan cadangannya sebagai usul tidak percaya maka Dato Onn meletak jawatan.


17. Tetapi kumpulan pimpinan Dato Razak tidak berebut-rebut untuk mengganti Dato Onn sebagai Yang di-Pertua UMNO walaupun ada seorang dua yang berminat. Sebaliknya kerana mengutamakan perjuangan parti untuk Bangsa, Agama dan Tanahair, mereka rela mencari calon daripada luar kumpulan mereka.


18. Yang mereka pilih ialah Tunku Abdul Rahman Putra, yang pernah menyokong Saberkas, satu daripada pengasas UMNO. Tunku tidak terlibat secara langsung dengan penubuhan UMNO atau aktiviti-aktiviti politik UMNO. Namun semangat nasiolisma belau tidak boleh dipertikaikan.


19. Pencalonan Tunku sebagai Yang di-Pertua UMNO mendapat sokongan daripada hampir semua ahli dan pemimpin UMNO. Tidak ada tekanan oleh mana-mana pihak supaya Tunku diterima dan tidak ada apa-apa kempen untuk memburuk dan menolak namanya. Peralihan jawatan daripada Dato Onn kepada Tunku berjalan dengan licin dan tenang. UMNO selamat dan terus mendapat lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.


20. Penerimaan Tunku akan jawatan Yang di-Pertua UMNO dan pelepasan jawatan berkenaan oleh Dato Onn bukan kerana keinginan untuk menjadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri. Tindakan kedua-dua mereka disebabkan oleh perbezaan pendapat berkenaan dengan cara untuk menjayakan pejuangan, cara mencapai kemerdekaan untuk negara. Kepentingan diri atau cita-cita besar bagi diri sendiri tidak termasuk dalam perhitungan pemimpin besar Melayu ini. Mereka adalah patriot yang sebenar yang sanggup mengamalkan demokrasi walau apa pun akan terjadi pada diri sendiri.


21. Pada tahun 1971 sekali lagi kita ditunjuk pegangan Tunku yang kuat akan prinsip-prinsip demokrasi. Menyedari bahawa sokongan kepadanya sudah berkurangan, Tunku telah tarik diri daripada jawatan Yang di-Pertua UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dengan itu Tun Razak telah dicalon dan dipilih sebagai Yang di Pertua UMNO yang baru. Tunku tidak cuba mengekalkan kedudukannya dengan menghasut, mengugut atau menyogok pemimpin kecil dan besar UMNO serta ahli supaya menghalang Tun Razak daripada mengambilalih jawatannya. Tunku juga tidak cuba sogok Tun Razak dengan janji akan letak jawatan dan menyerahnya kepada Tun dalam masa tertentu.


22. Pemimpin-pemimpin kecil dan besar UMNO dan ahli-ahli UMNO memain peranan yang diharap daripada mereka dalam badan yang mengamalkan demokrasi. Menyedari bahawa Tunku tidak lagi dapat memenuhi kehendak dan hasrat perjuangan Melayu dan UMNO, mereka tidak cuba mengambil kesempatan bagi diri mereka supaya disogok. Sebaliknya mereka rela melepaskan Tunku dan menerima Tun Razak.


23. Jika demokrasi tidak mendatangkan kebaikan, percayalah sebabnya bukan sistem ini tidak baik. Sebabnya ialah oleh kerana mereka yang diberi hak mengundi untuk menentukan nasib negara dengan memilih wakil dan pemimpin yang ikhlas dan jujur tidak menggunakan hak ini dengan bijak. Kerana takut atau kerana utamakan kepentingan semasa diri sendiri, atau kerana sanggup disogok, mereka menggunakan kuasa undi mereka dengan cara yang salah, dengan mengundi dan menyokong calon dan pemimpin yang mereka tahu telah abaikan tanggungjawab dan rosakkan parti.


24. Pucuk pimpinan pula, menyedari akan ketakutan dan keutamaan bagi diri sendiri dan lemahnya semangat juang ahli dan pemimpin kerdil dalam parti tidak segan-segan memperalatkan sifat ini untuk mengekalkan kedudukan dirinya dan konco-konconya.


25. Dengan ini maka demokrasi gagal mendatangkan kebaikan kepada pengamalnya.


pick from CHE DET
FIKIRLAH...FIKIRLAH...FIKIRLAH...

Thursday, August 14, 2008

MEDAN PETEMPURAN DI PERMATANG PAUH!!! SLOGAN MERDEKA DIGUNAKAN!!!!

Tinggal hanya beberapa hari lagi sahaja untuk kita mengetahui keingginan rakyat sama ada untuk menerima perubahan yang akan di bawa oleh DSAI ataupun rakyat memilih untuk teruskan dengan ideologi Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar telah menlancarkan slogannya bagi pilihan raya kecil pada kali ini , iaitu "MERDEKA"

Mengapa "MERDEKA" ?

Bukankah kita sudah merdeka...




Menurut Suara Keadilan Online ,

Beliau maksudkan merdeka kerana , beliau hendak negara ini merdeka daripada kezaliman , merdeka daripada rasuah, merdeka daripada penindasan, merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak.

Ini yang dimaksudkan dengan slogan "MERDEKA"
Adalah rakyat Permatang Pauh akan menerima ini.

Lawan beliau ialah seorang ahli politik yang bepegalaman , iaitu Arif Shah, Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya,

.........................................................................................................................................................................





pick from (Malaysiakini)


BN CANDIDATE : I CAN DEFEAT ANWAR IN PERMATANG PAUH



It is not rocket science to figure out between Anwar Ibrahim and Arif Shah Omar Shah - the two prospective candidates for the Permatang Pauh by-election - who is the Goliath, but the seeming ‘underdog' has his catapult ready for an improbable win.
MCPX
"I am confident of winning even if not by an overwhelming majority," Arif Shah - the Barisan Nasional candidate-designate - declared last night, an opening sling in his bid to wrest the seat from PKR in the Aug 26 by-election.

He added that Anwar - instead of contesting in Permatang Pauh - should be contesting in Kuala Lumpur since the PKR leader was now Klang Valley based.
He told reporters this after he was named last night as the ruling coalition's choice for the by-election at the ruling coalition's election machinery launch by Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak.In the March general election, PKR's Dr Wan Azizah Wan Ismail defended her seat with a thumping 13,398-majority, downing BN's Pirdaus Ismail for the second consecutive time - retaining the Anwar family's 26-year stranglehold of the seat.
A surprised candidate
The 52-year-old Arif Shah - who is also the Seberang Jaya state assemblyperson - said his selection was unexpected.

He broke into tears hearing the announcement, and his supporters were up on their feet applauding him. It is not BN's norm to select a by-election candidate who is already holding office- in a state assembly or Parliament.
The candidate nevertheless took the podium without haste and declared his readiness for the uphill battle, to the approval of the 1,500-odd BN supporters gathered..
In his short speech - punctuated with Mandarin sentences - he asked voters to give BN a chance and pledged to serve all communities equally.
The Umno man, popular among locals, is known for his constituency services and can speak fluent Mandarin, an advantage in BN's bid to woo back Chinese voters. He successfully defended his state seat in the last general election, whilst his Umno colleagues faltered.
Seberang Jaya is one of three state seats under the Permatang Pauh parliamentary seat. The other two - Permatang Pasir and Penanti - are presently held by PAS and PKR respectively.
Later, Najib denied that the decision to pick Arif Shah as a clever strategy to swing Chinese votes back, saying: "We want to swing all votes, not just the Chinese votes."
‘Backstabbing' within Umno?
Apart from having to contend with Anwar's popularity in Permatang Pauh, the other challenge to Ariff Shah is to manage the local Umno division's internal politics - and possible squabbles.
There are fears of ‘backstabbing' the candidate in lieu of the various competing factions for power at the division election, to be held somewhere between Oct 9 and Nov 9.
Vying for the coveted division chief post are Arif Shah, current chief Abdul Jalil Abdul Majid and his deputy, Pirdaus.
Division leadership contests are highly charged in overall party election years - as they determine the voting delegates at the general assembly, to be held in December.

Which is why Najib, who is also Umno deputy president, appeared rather cautious in his choice of words before announcing the candidate last night and repeatedly reminded party members to set aside internal politics while campaigning.
He implored for unity and apologised if the chosen candidate did not meet everyone's expectations.
The deputy prime minister made it clear that the candidate choice has no bearing on the divisional election.
"When we name this candidate, it doesn't mean we are also endorsing him as the division chief.

"The divisional politics should be set aside. In our mind, there should be only thing that is to strive for our victory on Aug 26," he said to the applause from those present.
"If everyone stays loyal and support BN, the impossible might just happen this time," Najib alluding to the ruling coalition's chances in winning the PKR's stronghold.
Among those present last night include Umno secretary-general Tengku Adnan Mansor, information chief Muhd Muhammad Taib, Youth chief Hishammuddin Hussein, Gerakan acting president Dr Koh Tsu Koon and MCA Penang chief Liow Tiong Lai.
The Permatang Pauh seat fell vacant after its incumbent Wan Azizah vacated it on July 31 to allow her husband Anwar to contest as a way back to Parliament.
Nomination is on Aug 16, this coming Saturday.
There are 58,459 voters in the constituency - of which 490 are postal voters - as of July 31.